About Me

My photo
Malaysia
This is the place where I throw my O P I N I O N S, comments maybe?

Viewers

ABOUT

Version "Tak Tanya Pun"

Siapa??
Pemilik blog ni. Nama penuh aku Nurfarhah Damia bt. Dalhan. Umur aku skang ni dah 24 tahun dan menetap dengan keseorangan di Miri, Sarawak. Hehe. I'm a government servant.

Kenapa "Girl Next Door"?
Sebab aku perempuan biasa-biasa sahaja. Ayat "Girl Next Door" itu bkn bermaksud perempuan sebelah pintu. Maksudnya orang biasa-biasa sahaja. Macam aku lah. Nak kata up-to-date sangat pun tak, tapi aku tahu lah apa yang terkini. Sebab tu la aku bubuh nama Girl Next Door, hehehe.

Bila join Blogging?
Tahun 2009. Masa tu tangan dok gatal internet 24 jam. Maklumlah kan, lepas STPM baru didedahkan dengan dunia Internet ni. So semua benda nak explore. Antara yang menarik perhatian aku masa tu adalah Blog. So aku sign up dan masa aku sign up tu, aku tak tahu apa tujuan aku nak buat Blog. So bila dah manage design itu ini, siap cantek ape semua, idea taka da. tak tahu nak post apa. So aku carik lah mana-mana blog yang kau boleh jadikan sebagai contoh. Mula-mula tu memang la main-main copy paste jer. Lama-lama dah tu aku semakin faham dengan blogging ni. Dan semakin lama aku explore benda2 kat Internet, semakin luas & terbuka fikiran aku. Dan daripada situ, idea aku mencurah-curah nak hasilkan blog yang lebih baik. Maksudnya matang dari segi isi dan kandungan entri-entri aku.

Blog "genre" tentang apa?
Genre pulak... dah macam musik dah aku tengok. haha! Ok, blog aku tak aku kategorikan kepada apa-apa bidang pun. Apa yang menjadi minat aku, itulah yang aku postkan. Maksudnya, blog aku ni merangkumi semuanya lah! Dari kehidupan sekeliling, perayaan, apa-apa peristiwa, gambar-gambar menarik, fotografi, makanan, info; semua adalah. Dan all from trusted source jugak. Hehe...

Tujuan?
Aku nak popular macam Maria Elena dan Alia. (tak igt nama bks tunang Khairul fahmi hehe). Popular sebab blog eh? Memang, tujuan aku memang itu. Tapi, nak famous bukannya sesenang ABC 123. Bila aku rasakan yang tujuan tu macam tak betul, aku tukar matlamat sebenar aku. Aku ber"blogging" sebab aku nak share info atau apa-apa sahajalah tentang pendapat aku dengan org luar. Blog aku ni dwi bahasa, BI boleh, BM lagilah boleh! Dan dalam blog ni, aku jarang ceritakan pasal kehidupan aku sebab ianya bagi aku sangat privacy dan aku rasa, aku tak perlulah nak share benda-benda yang sememangnya privacy pun. Cuma depend dengan orang lain la kan? :)

Sumber Inspirasi?Dia tak kenal aku pun. Aku pun tak jugak kenal diaorang ni. tapi bila tengok post diorang, aku rasa mereka ni sangat memberikan inspirasi pada aku. Nak tahu sapa?
AgentZ

Sampai bila nak Blogging?
Sampai aku rasa betul-betul fed up dengan dunia Blogging nih. Tapi so far Alhamdulilah, blog aku berjalan dengan lancar dan follower semakin banyak, walaupun belum mencecah 100 lagi. Hehe! Tapi aku tahu, ramai yang view & read content yang ada dalam blog aku nih. Bukan nak kata blog aku hebat. Nak jadi blog yang mcm sekarang ni pun aku kena usaha. Dan dulu aku tak pernah terfikir pun yang satu masa nanti, aku akan ada blog untuk aku sendiri. So bila dah ada ni, aku buat yang sebaik mungkin. Yang penting, blog aku tak menyentuh sensiviti perkauman, agama & politik. Aku nak enjoy-enjoy, dan bukan carik masalah.

*thanks sebab sudi nak tahu aku sapa! HEHEHEH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

End

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...